Thursday, November 12, 2009

Sambutan Hari Raya Kg Taritipan oleh UMNO Cawangan & JKKK Kg Taritipan

( YBhg Ketua Bahagian sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang dan diiringi oleh En.Marup Madarin ,
JKKK Kg.Taritipan )

( Cenderakenangan kepada YBhg Isteri Ketua Bahagian )






Majlis Sambutan Hari Raya Kampung Taritipan oleh JKKK , kerjasama UMNO Cawangan Kg Taritipan telah berjaya akhirnya dianjurkan denga jayanya . Permuafakatan dan kerjasama di antara masyarakat kampung telah menjadikan Dewan Kampung Taritipan dipenuhi oleh masyarakat setempat .
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg En.Mohd.Fikri @ Wetrom Bahanda , Ketua Bahagian UMNO P168 . Dalam ucapan perasmian , beliau telah menyentuh perpaduan yang ada masa ini harus dipelihara sebaik-baiknya dengan rasa sayang dan rasa tanggungjawab bagi jati diri sesuatu bangsa . Dalam masa yang sama , beliau telah mengumumkan untuk menghadiahkan dua ekor lembu untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidil Adha nanti .
Sempena majlis tersebut banyak acara telah dijalankan antaranya Sukan Laut , Pertandingan Nyanyian Dewasa dan Kanak-Kanak dan Cabutan Tiket Bertuah . Semua hadiah telah disampaikan oleh Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian , antaranya Timbalan Ketua Bahagian En.Baintin Adun , Ketua Pemuda En.Jameson Majalin , Bendahari Bahagian En.Bidin Piok , setiausaha Bahagian En.Emran Amros dan ramai lagi .
Inilah wacana kepimpinan yang harus dipupuk di kalangan pemimpin kita pada hari ini , agar masyarakat diluar sana akan rasa dihargai dan didekati selalu . Semoga usaha Ketua Bahagian UMNO P168 dapat mencorakan warna dan menjadi contoh terbaik untuk kita .
( courtesy pictures by Jaluddin Hassan of Bureau Media P168 )

No comments:

Post a Comment