AIDIL ADHA 2009
Thursday, November 26, 2009
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2009
AIDIL ADHA 2009
Sunday, November 15, 2009
Majlis Kahwin Blyreinna Webly dan Astam Han Apang
Mesyuarat Biro Ekonomi & Usahawan Pemuda UIMNO P168 Bil 01/2009
Walaupun cuaca tidak mengizinkan namun Mesyuarat BEU Bil 01/2009 , akhirnya dapat dilaksanakan juga dengan kehadiran yang para ahli mesyuarat yang hadir . Ini ada pengalaman julung kali Biro BEU mengadakan mesyuarat , moga pada masa akan datang mesyuarat akan berjalan dengan lebih efisyen lagi .
Mesyuarat kali ini lebih kepada pembentangan program yang dilaksanakan oleh Biro BEU Pemuda UMNO P168 . Kita telah membentangkan dua program / aktiviti yang akan diadakan dalam masa terdekat ini iaitu :-
- Seminar Usahawan dan Pembiayaan oleh Agensi / Institusi Kewangan
- Majlis Makan Malam Biro BEU 2009
Alhamdulillah , pembentukan AJK Pelaksana untuk kedua program tersebut juga sudah dilantik dan selepas ini Mesyuarat Pelaksanaan akan diadakan pada tarikh yang belum ditetapkan .
Sekali lagi saya selaku Ketua Biro BEU Pemuda UMNO P168 , mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK yang hadir ke mesyuarat yang julung kali diadakan ini .
Thursday, November 12, 2009
Sambutan Hari Raya Kg Taritipan oleh UMNO Cawangan & JKKK Kg Taritipan




Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Bahagian UMNO P168
Open House Raya MOSTI 2009
Walaupun dalam kesibukan masih ada masa untuk diluangkan bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Maximus J.Ongkili dan YB.Pn.Anita Baranting ADUN N.5 Tandek di Dewan Komuniti Kota Marudu . Im so impress with Datuk Maximus , gelagat beliau memakai Baju Melayu , menjadi tumpuan para tetamu yang hadir . Ini menandakan slogan 1 Malaysia disemai dan diamalkan oleh beliau dengan menghormati perayaan , budaya dan agama sesama . Pada Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YB Datuk Jahid Jahim , YB Sarapin Magana , Dr.Faiz , AJK Tertinggi UMNO Bahagian .
Pada malam tersebut juga saya memakai Batik berwarna Unggu -Hitam , dan tetiba seakan berjanji dengan Puan Anita , yang juga sama warna . Semoga majlis perayaan seperti ini menjadi acara tahunan yang akan menjadi pewarna memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di P168 Kota Marudu .
Wednesday, November 11, 2009
Salam dari Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO P.168 Kota Marudu
Dikesempatan ini , selaku Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO P.168 Kota Marudu ingin mengucapakan berbanyak terima kasih kepada barisan kepimpinan UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO di atas segala nasihat dan tunjuk ajar selama ini .