Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 2009





Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua masyarakat yang beragama Islam dan tunaikanlah Ibadah Korban bagi mereka yang berkemampuan , agar rasa hati terarah untuk melakukan kebajikan dan sentiasa mengenangkan sejarah pengorbanan para Ambia .

Marilah panjatkan rasa Tawaduk kepadaNYA dan ucapkanlah Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar , Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat .

SELAMAT HARI RAYA
AIDIL ADHA 2009


Sunday, November 15, 2009

Majlis Kahwin Blyreinna Webly dan Astam Han Apang





Menghadiri Majlis Perkahwinan anak En.Webly dan Puan Mathilda di Jalan Lotong Goshen adalah atas peringatan Puan Aninah , ini kerana langsung tidak terpikir , mukin terlalu sibuk dengan Mesyuarat BEU .


Apapun kami njoy malam tu , ini kerana dijemput menari Pinakang-Kimaragang yang pertama kali menari tarian tersebut . Pada majlis perkahwinan ini saya duduk semeja dengan Puan DO Lovita Koisun dan Puan Maria , dan duduk semeja dengan Tuan ADO Haji , Puan Aninah , En.Bidin Piok , En.Sukimi dan isteri Pn.Noridah dan terhibur dengan gelagat mereka .
Tahniah buat Balerinna Webly dan Astan Han Apang , semga kekal sehingga ke ahir hayat .

Mesyuarat Biro Ekonomi & Usahawan Pemuda UIMNO P168 Bil 01/2009


Walaupun cuaca tidak mengizinkan namun Mesyuarat BEU Bil 01/2009 , akhirnya dapat dilaksanakan juga dengan kehadiran yang para ahli mesyuarat yang hadir . Ini ada pengalaman julung kali Biro BEU mengadakan mesyuarat , moga pada masa akan datang mesyuarat akan berjalan dengan lebih efisyen lagi .

Mesyuarat kali ini lebih kepada pembentangan program yang dilaksanakan oleh Biro BEU Pemuda UMNO P168 . Kita telah membentangkan dua program / aktiviti yang akan diadakan dalam masa terdekat ini iaitu :-

  • Seminar Usahawan dan Pembiayaan oleh Agensi / Institusi Kewangan
  • Majlis Makan Malam Biro BEU 2009

Alhamdulillah , pembentukan AJK Pelaksana untuk kedua program tersebut juga sudah dilantik dan selepas ini Mesyuarat Pelaksanaan akan diadakan pada tarikh yang belum ditetapkan .

Sekali lagi saya selaku Ketua Biro BEU Pemuda UMNO P168 , mengucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada AJK yang hadir ke mesyuarat yang julung kali diadakan ini .

Thursday, November 12, 2009

Sambutan Hari Raya Kg Taritipan oleh UMNO Cawangan & JKKK Kg Taritipan

( YBhg Ketua Bahagian sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang dan diiringi oleh En.Marup Madarin ,
JKKK Kg.Taritipan )

( Cenderakenangan kepada YBhg Isteri Ketua Bahagian )






Majlis Sambutan Hari Raya Kampung Taritipan oleh JKKK , kerjasama UMNO Cawangan Kg Taritipan telah berjaya akhirnya dianjurkan denga jayanya . Permuafakatan dan kerjasama di antara masyarakat kampung telah menjadikan Dewan Kampung Taritipan dipenuhi oleh masyarakat setempat .
Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg En.Mohd.Fikri @ Wetrom Bahanda , Ketua Bahagian UMNO P168 . Dalam ucapan perasmian , beliau telah menyentuh perpaduan yang ada masa ini harus dipelihara sebaik-baiknya dengan rasa sayang dan rasa tanggungjawab bagi jati diri sesuatu bangsa . Dalam masa yang sama , beliau telah mengumumkan untuk menghadiahkan dua ekor lembu untuk dikorbankan pada Hari Raya Aidil Adha nanti .
Sempena majlis tersebut banyak acara telah dijalankan antaranya Sukan Laut , Pertandingan Nyanyian Dewasa dan Kanak-Kanak dan Cabutan Tiket Bertuah . Semua hadiah telah disampaikan oleh Barisan Kepimpinan UMNO Bahagian , antaranya Timbalan Ketua Bahagian En.Baintin Adun , Ketua Pemuda En.Jameson Majalin , Bendahari Bahagian En.Bidin Piok , setiausaha Bahagian En.Emran Amros dan ramai lagi .
Inilah wacana kepimpinan yang harus dipupuk di kalangan pemimpin kita pada hari ini , agar masyarakat diluar sana akan rasa dihargai dan didekati selalu . Semoga usaha Ketua Bahagian UMNO P168 dapat mencorakan warna dan menjadi contoh terbaik untuk kita .
( courtesy pictures by Jaluddin Hassan of Bureau Media P168 )

Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Bahagian UMNO P168

( Bersama AJK Pemuda Bahagain En.Jailon dan En.Jaikol )

( Bergambar bersama Pn.Aninah Mindoh - Tim.Wanita UMNO Bahagian dan suami En.Bidin Piok - Bendahari Bahagian )

( Gambar kenangan bersama Ketua Pemuda Bahagian En.Jameso Majalin , YB Anita Baranting , En.Al-Malek Utoh dan En.Jailon )






Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Bahagian UMNO P168 Kota Marudu telah diadakan di Dewan Komuniti Kota Marudu . Majlis ini telah dihadiri oleh YB Anita Baranting ADUN N.5 Tandek dan Ahli Tertinggi Bahagian UMNO , Wanita , Pemuda dan Puteri . Tidak kurang juga dari Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri dan Kompenan Barisan Nasional .
Majlis ini telah menjadi bukti untuk mengeratkan lagi tali silahturahim di kalangan masayarat berbilang kaum dan agama di Kawasan P168 Kota Marudu .
Bukan sahaja hidangan dan rasa yang beraneka , para pemimpin UMNO yang hadir antaranya Ketua Bahagian YBhg En Mohd Fikri @ Wetrom Bahanda dan keluarga yang mengenakan pakaian sedondon berseri dan nampak segak dan cantik dan tidak henti-henti untuk menpersilakan para tetamu yang hadir untuk menjamu selera . Keakraban dan keramahan inilah yang menjadikan majlis ini berbeza dan rasa unik. Semoga majlis ini menjadi platform dalam membina jambatan perpaduan .

Open House Raya MOSTI 2009

( Dr.Faiz - Angkasawan Negara , Datuk Seri Maximus J.Ongkili - Menteri MOSTI , Pn.Anita Baranting - ADUN N.5 Tandek dan Pn.Jornah Mozihim - Ex-YB N.4 Matunggong)

Walaupun dalam kesibukan masih ada masa untuk diluangkan bagi menghadiri Majlis Rumah Terbuka Datuk Seri Maximus J.Ongkili dan YB.Pn.Anita Baranting ADUN N.5 Tandek di Dewan Komuniti Kota Marudu . Im so impress with Datuk Maximus , gelagat beliau memakai Baju Melayu , menjadi tumpuan para tetamu yang hadir . Ini menandakan slogan 1 Malaysia disemai dan diamalkan oleh beliau dengan menghormati perayaan , budaya dan agama sesama . Pada Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh YB Datuk Jahid Jahim , YB Sarapin Magana , Dr.Faiz , AJK Tertinggi UMNO Bahagian .

Pada malam tersebut juga saya memakai Batik berwarna Unggu -Hitam , dan tetiba seakan berjanji dengan Puan Anita , yang juga sama warna . Semoga majlis perayaan seperti ini menjadi acara tahunan yang akan menjadi pewarna memupuk perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum di P168 Kota Marudu .


Wednesday, November 11, 2009

Salam dari Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO P.168 Kota Marudu

( Bergambar Bersama Ketua Bahagian UMNO P.168 Kota Marudu , Y.Bhg. En.Mohd.Fikri @ Wetrom Bahanda dan Isteri )



Pertama sekali dipanjatkan rasa kesyukuran ke Hadrat Allah SWT , dengan izin-Nya blog ini berjaya dihasilkan bagi merealisasikan segala impian yang selama ini tersimpan .
Tujuan asal blog ini diadakan adalah untuk menjadi medium penyampai maklumat dan berdiskusi bagi Ahli UMNO di P.168 Kota Marudu dan Ahli UMNO di luar sana . Di samping itu juga blog ini akan dapat menjadi nadi penggerak kepada AJK Biro Ekonomi dan Usahawan menyalur maklumat terkini .

Dikesempatan ini , selaku Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO P.168 Kota Marudu ingin mengucapakan berbanyak terima kasih kepada barisan kepimpinan UMNO Bahagian dan Pemuda UMNO di atas segala nasihat dan tunjuk ajar selama ini .